ADAKAH ANDA MAHU KEADAAN INI TERUS BERLAKU DISEBABKAN KEEGOAN DAN SIKAP TAMAK ANDA????

07 December 2010

MASALAH SAMPAH TERBIAR SEMAKIN PARAH

Dimana silapnya?
Saya terdetik untuk memaparkan fenomena ini kerana ada lagi masyarakat yang tidak sedar.
Mereka hanya mahu memenuhi kehendak mereka tanpa memikirkan soal kebajikan alam sekitar itu sendiri.
Padahal mereka sendiri yang akan menerima dampak yang negatif daripada sikap mereka sendiri juga.
Dimana-mana saja ada sampah terlonggok tanpa diurus dengan sempurna.
Sedar atau tidak masyarakat kita pada hari ini?
Penyakit juga boleh merebak dan mengancam kesejahteraan hidup kita juga.
Apa salahnya anda letakkan sampah di kawasan yang disediakan?
Apa salahnya anda kurangkan penggunaan barangan yang mendorong kepada peningkatan jumlah sampah?
Entahlah, post kali pertama takkan meleret-leret, cukuplah sekadar menyedarkan anda semua.
Fikir-fikirkanlah yang mana lagi utama sama ada alam sekitar atau kehendak?
Anda lihat sendirilah apa yang dah anda lakukan.

Sampah sarap tersumbat semasa banjir di Kelantan

Tengok!!Sedar ke tak lagi?Sampah sarap sudah banyak....Bila lagi korang nak cuba fikir sejenak?

1 comment: