ADAKAH ANDA MAHU KEADAAN INI TERUS BERLAKU DISEBABKAN KEEGOAN DAN SIKAP TAMAK ANDA????

07 December 2010

BILA KEJADIAN TANAH RUNTUH BERLAKU, MASING-MASING MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN

Tragedi di Bukit Antarabangsa sudah menunjukkan kelalaian kita untuk memenuhi kehendak masing-masing.
Semua nak hidup dengan rasa hormat dan melebihi daripada orang lain.
Seperti di kawasan ini, pembangunan di kawasan itu sepatutnya tidak patut diluluskan.
Kecerunan tanah yang berbahaya!!
Adakah pihak pemaju tidak sedar?
Atau sedar tapi hanya ingin memungut keuntungan semata-mata?

Pembinaan kawasan perumahan di kawasan berkecerunan tinggi..Pemaju tidak sedar ke?

Harta benda penduduk (kita semua) juga yang musnah..

Nyawa penduduk menjadi taruhan, kanak-kanak dan wanita turut terancam
Kalau dah tau kawasan tu ada kawasan cerun, kenapa anda beli rumah di kawasan itu?!
Anak-anak yang tidak kenal apa-apa yang menjadi mangsa akibat kerakusan anda memenuhi kehendak masing-masing.

Daripada gambar-gambar lokasi kejadian di atas, adakah anda masih tidak sedar dengan malapetaka yang akan anda sendiri terima?
Masih tidak cukupkah garis panduan yang disediakan dalam proses membangunkan sesebuah kawasan yang berisiko terutamanya di kawasan cerun seperti ini?
Adakah perkara ini berlaku kerana wujudnya rasuah dalam meluluskan projek-projek perumahan or projek-projek yang lain?
Adakah sudah tiada kawasan lain yang masih selamat untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan?
Persoalan ini sama-samalah anda semua fikirkan.
Dimana pemaju?Dimana pemimpin?Dimana anda semua?
Sama-samalah kita fikirkan sama ada kehendak anda lebih penting atau kesejahteraan alam sekitar yang lebih mustahak?

No comments:

Post a Comment