ADAKAH ANDA MAHU KEADAAN INI TERUS BERLAKU DISEBABKAN KEEGOAN DAN SIKAP TAMAK ANDA????

08 December 2010

TASIK KENYIR MASIH TIDAK TERCEMAR...JADI APA TINDAKAN ANDA UNTUK MENGEKALKANNYA?

HULU TERENGGANU 8 Dis. – Tidak ada sebarang pencemaran air berlaku di Tasik Kenyir malah tasik terbesar buatan manusia itu selamat digunakan untuk pelbagai aktiviti termasuk beriadah.

Pengarah Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Dr Faizah Shaharom berkata, kualiti air tasik itu juga tidak berbahaya atau membimbangkan seperti yang dilaporkan beberapa media tempatan semalam.

Kajian kualiti air tasik yang dijalankan sekumpulan ahli sains universiti itu dengan mengambil sampel air Sungai Comor di tasik itu, mendapati hanya suhu air mengalami kepanasan sehingga 31 darjah Celsius yang menyebabkan ikan mati.

"Kalau ada pun bakteria e-coli di situ, ia tidaklah ditahap yang berbahaya seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau ditemui ketika menghadiri pelepasan peserta pertandingan memancing Piala Kenyir yang melibatkan kira-kira 80 warga negara China di Tasik Kenyir, hari ini yang disempurnakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang.
Beberapa akhbar melaporkan air Tasik Kenyir dicemari bakteria e-coli berpunca daripada sisa kumbahan daripada beberapa rumah bot yang beroperasi di dalam tasik itu, menyebabkan air tasik itu tidak selamat. – Bernama

No comments:

Post a Comment