ADAKAH ANDA MAHU KEADAAN INI TERUS BERLAKU DISEBABKAN KEEGOAN DAN SIKAP TAMAK ANDA????

07 December 2010

BANJIR BESAR....ADAKAH LUMRAH ALAM ATAU DISEBABKAN TINDAKAN ANDA SEBELUM INI

Baru-baru ini, banjir besar yang memang langsung tidak diduga oleh penduduk di utara tanah air.
Hujan lebat telah menyebabkan paras air Sungai  Badak di Sintok meningkat sehingga melimpah ke atas lebuhraya UUM-Kuala Perlis. Pihak pengurusan lebuhraya berkenaan telah menutup jalan menuju ke UUM. Kenderaan yang menuju ke UUM diarah berkongsi laluan yang bertentangan. Keadaan ini  telah menyulitkan para graduan dan rombongan yang datang untuk mengambil ijazah masing-masing. Keadaan ini pernah berlaku pada november 2005. Kawasan rendah yang akan terjejas teruk ialah Pekan Jitra, Kepala Batas dan sebahagian Alor Setar.


Pada tahun 2005, air sungai ini melimpah dengan dahsyatnya. Pekan Jitra tenggelam.

Tersangkut. Kena berpatah balik ke Changlun.

Pihak JKR dan Belati Wangsa meninjau keadaan jalan.

Jalan menuju ke Kuala Perlis juga akan mencapai aras kritikal.

Air Sungai Badak sudah melimpah jalan menghala ke UUM.

Arau dekat Petronas

So, daripada gambar banjir di atas, adakah anda semua anggap ini proses semulajadi?
Anda sedar tak bahawa semua ni berlaku kerana tindakan kita sendiri.
Pembebasan terlalu banyak gas pencemar yang meningkatkan suhu bumi seterusnya menyebabkan berlakunya pencairan ais di kutub dan menyebabkan aras laut  meningkat.

Memang sudah terlambat untuk bertindak jika banjir sudah berlaku.
Tapi sekurang-kurangnya tindakan pencegahan anda semua boleh mengurangkan kesan kenaikan aras laut.
Jika anda semua masih tidak sedar, tak tahulah apa lagi harus diperkatakan.
Tapi ingatlah, jangan kerana disebabkan tindakan anda pada masa sekarang, generasi akan datang akan membenci dan menghina segala tindakan anda sekarang.
Fikirkanlah................

No comments:

Post a Comment